Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Negara kebajikan Umno-BN adalah rasuah untuk menang pilihan raya


KUALA LUMPUR, 21 Feb — Dilihat sebagai usaha memperjelaskan kepada rakyat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan konsep negara berkebajikan PAS berbeza dengan negara kebajikan Umno sambil menyifatkan konsep dibawa parti Melayu terbesar melalui Barisan Nasional (BN) berteraskan rasuah untuk memenangi pilihan raya.
Dalam tulisan terbaru di Harakahdaily, Presiden PAS ini berkata PAS berpegang kepada negara berkebajikan berasaskan Islam sementara Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak berteraskan teori sekuralisme.
“Masih ramai yang terkeliru sehingga tidak faham perbezaan di antara negara berkebajikan dan negara kebajikan.
“Negara berkebajikan Islam tidak sama dengan negara kebajikan yang diamalkan di negara barat, kerana perbezaan prinsip, konsep dan matlamatnya berteraskan teori sekularisme yang berwawasan sekadar dunia sahaja seperti wawasan 2020,” katanya.
Jelas beliau, konsep negara berkebajikan yang ditawarkan parti itu meliputi semua aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial yang berteraskan Islam tanpa mengetepikan masyarakat bukan Islam.
“Negara kebajikan memisahkan urusan negara daripada agama sama ada secara total atau terpilih dan tanpa perhitungan halal dan haram serta dosa dan pahala. Selepas melakukan berbagai salah laku dan dosa, boleh hilang dengan pergi haji dan umrah atau sembahyang Jumaat.
“Islam menjadikan kebajikan tajuk umum kepada seluruh sifat kejadian manusia, melibatkan kehidupannya dalam hubungan dengan Tuhan, manusia dan seluruh alam. Bermula daripada dasar dan cara, sehinggalah matlamatnya,” katanya.
Pada Ogos lalu, PAS melancarkan Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Hadi, dilihat menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya pada muktamar tahunan Jun lalu.
PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum 2008.
Konsep negara berkebajikan diperkenalkan Hadi semasa ucapan dasar presiden pada muktamar parti itu Jun tahun lalu.
Tegas Hadi, negara kebajikan Umno-BN merupakan kebajikan berbentuk rasuah untuk pilihan raya menambah masalah itu kini berada di tahap yang sukar untuk dibendung.
“Negara kebajikan BN berteraskan Umno melaksanakan kebajikan berunsurkan rasuah untuk pilihan raya. Ini kerana acuan kepiminannya dibarahi rasuah dalam pemilihan di semua peringkat dan mendapat undi pilihanraya juga dengan rasuah.
“Negara terus dibanjiri kemungkaran dan jenayah yang tidak mampu dihapuskan,” kata Ahli Parlimen Marang ini.
Berlainan dengan PAS, kata bekas menteri besar Terengganu ini, parti pimpinannya tetap berpegang kepada asas perjuangan dan tidak akan bertolak ansur terhadap perkara yang bertentangan dengan Islam.
“PAS tetap istiqamah dengan pegangan dasar, konsep dan matlamat perjuangan ketika bersama BN sejak awal tahun tujuh puluhan dan dikeluarkan daripada BN di akhirnya dan bersama Barisan Alternatif (BA) sejak tahun 1999 sehingga DAP keluar daripada BA dan masuk semula selepas itu.
“PAS juga tetap setia dan ikhlas dengan ikatan janjinya dengan sesiapa sahaja dan wajib menunjukkan contoh khusus kepada pihak bukan Islam dengan berpegang teguh dengan pesanan Rasulullah,” katanya.

0 Komen pengunjong :