Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MB akui Johor bukan deposit tetap BN


SKUDAI - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan bahawa negeri itu bukanlah deposit tetap Barisan Nasional (BN) dan Umno, namun beliau yakin ia akan kekal sebagai kubu kuat parti tersebut.

Menurutnya, walaupun sebelum ini pakatan pembangkang mengisytiharkan Johor sebagai ‘barisan depan' keutamaan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), beliau yakin rakyat negeri ini, terutamanya kaum Cina tidak akan terpengaruh dengan janji-janji kosong mereka.

"Walaupun meletakkan bekas Menteri Kesihatan sebagai pemimpin tertinggi, namun 'kehadiran' pembangkang bagaikan tidak dirasai di negeri ini.

”Pemimpin mereka (pembangkang) hanya berjuang secara bersendirian kerana parti mereka lemah, tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan tidak dapat sokongan daripada rakyat Johor yang merupakan asas untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

"Oleh itu saya yakin Johor akan kekal sebagai kubu kuat BN," katanya ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Johor MCA di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Sze di sini, kelmarin.

Turut hadir pemimpin MCA termasuk Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong; Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Datuk Tee Siew Kiong dan Ketua MCA Labis, Tan Kok Hong.

Menurutnya, keputusan Pas meletakkan calon mereka bertanding dalam PRU-13 di Johor dan menjadi Menteri Besar juga adalah bersandarkan keyakinan palsu bahawa masyarakat Cina akan menyokong mereka.

"Oleh itu saya menegaskan agar masyarakat Cina tidak menyokong DAP kerana ia sama seperti memberi kuasa kepada Pas," katanya.

Abdul Ghani berkata, beliau yakin, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan terus berdaya maju untuk mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi dan stabil dari segi ekonomi.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Soi Lek meminta masyarakat Cina berhati-hati agar tidak terpedaya dengan janji manis pakatan pembangkang terutamanya DAP.

Menurutnya, DAP kini dilihat sering mengalah kepada Pas biarpun parti itu memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

"Terbaru, Pas bakal meletakkan Ahli Parlimen dari Kelantan untuk menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13.

"Keadaan yang sama dapat dilihat di Kedah dan Perak yang mana DAP berjaya menakluki banyak kerusi, tetapi jawatan Menteri Besar diberikan kepada Pas," katanya.

Soi Lek berkata, apa yang dibimbangkannya ialah pembangunan ekonomi di negeri ini akan terjejas jika ditadbir pembangkang.

“Jika Pas berkuasa, projek besar seperi Iskandar Malaysia juga berisiko gagal dan pembangunan akan terbantut termasuklah kemasukan pelaburan dan pelancong asing.

“Kerajaan Barisan Nasional memang tidak sempurna, tetapi komited dalam melakukan pelbagai transformasi baik dari segi politik, pendidikan dan ekonomi. Malah kadar jenayah juga menurun,” katanya.

0 Komen pengunjong :