Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar diserang setiap malam, macam tiada isu lain


JEMPOL 22 Feb- Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar dan melahirkan kekesalan terhadap kepimpinan Umno-BN yang berterusan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah katanya, media arus perdana termasuk stesen televisyen RTM dan TV3 terus melakukan fitnah terhadap ketua Umum KEADILAN itu setiap hari.
“Sedangkan rakyat Malaysia dibelenggu dengan pelbagai isu besar. Antaranya kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan macam-macam skandal lagi.
“Apakah tidak ada isu lain selain dari memaki dan menfitnah suami saya Anwar Ibrahim?,”  soal beliau  di hadapan lebih 1,500 peneroka Felda Palong 4, 5 & 6.
Anwar kebelakangan ini diserang oleh Umno -Barisan Nasional yang memutar belitkan kenyatannya dalam Asian Wall Street Journal berhubung isu Palestin-Israel.
Bagaimanapun, ketua pembangkang itu tegas menyatakan pandangannya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.
Ia antara lain meletakkan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan, aspirasi rakyat Palestin dihormati dan negara Palestin ditubuhkan.
Wan Azizah dalam pada itu berkata, beliau bersyukur terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan suaminya itu dari tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, beliau kesal kerana terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati terhadap keputusan itu, termasuk menghantar kiriman pesanan ringkasmencaci beliau dan keluarganya.
“Ada yang menghantar sms dan twitter berkata kalau dia jadi Datin, lama dah cerai! Ini lah dia antara manusia yang hari-hari hina dan maki Anwar,’  kata Wan Azizah.

KEADILAN tembus kubu Umno di Felda Palong

Sementara itu, malam tadi turut menyaksikan acara bersejarah apabila satu lagi kubu kuat Umno di Gugusan Felda Palong ditembusi dengan penubuhan Ranting KEADILAN di Felda Palong 7 dan 8 yang dilancarkan secara rasmi oleh Wan Azizah.
Diketuai oleh Ketua Ranting Mohd Fauzi Mohd Shariff, seramai 50 anak muda Felda Palong 7 & 8 menyerahkan borang KEADILAN kepada Wan Azizah.
Satu lagi acara tumpuan malam tadi ialah Pelancaran Kempen 100, 000 tandatangan sebagai tanda bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad di bursa Malaysia.
Kempen tersebut turut dilancarkan oleh Wan Azizah dan beliau juga turut menurunkan tandatangan.
Antara pemimpin yang turut menurunkan tandatangan ialah ADUN Port Dickson, M Ravi; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus.
Sebelum itu Wan Azizah bersama kepimpinan KEADILAN Gugusan Felda Palong, Jempol dan Negeri Sembilan bersolat jemaah Maghrib  di Masjid Felda Palong 5.
Satu majlis doa selamat dan kesyukuran turut diadakan selepas itu, sempena pembebasan Anwar dari tuduhan kes liwat II pada 09 Januari 2012.
Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan peribadi dalam bentuk wang tunai kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Felda Palong 5, selain beramah mesra dengan penduduk setempat.

0 Komen pengunjong :