Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Saya tidak khianati Palestin, jangan putarbelit kenyataan


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Pemuda Umno supaya tidak memutarbelit kenyataan kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan ringkas, Anwar menegaskan temubual bersama Wall Street Journal banyak membincangkan isu yang berkaitan dengan dasar luar negara dan Palestin.
“Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
“ Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormat,” kata Ketua Umum PKR ini.
Jelas Anwar jawapan yang diberikan berbunyi: “Saya menyokong semua usaha melindungi keselamatan negara Israel.”
Beliau menambah akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi sekiranua Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Terdahulu Pemuda Umno menuduh Anwar mempertahankan “rejim zionis Israel” selepas ketua pembangkang itu dikatakan menyokong semua usaha melindungi keselamatan Israel.
Pengerusi Biro Antarabangsa dan Aman Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki berkata rakyat Palestin yang harus diberikan perlindungan, dipertahankan dan disalurkan bantuan kemanusiaan selepas dizalimi Israel.
Beliau berkata kenyataan Anwar menunjukkan sikap menyokong dan mengampu “rakan-rakan tertentu” beliau yang kebanyakan daripada mereka berdiri teguh di belakang rejim Zionis.
Tegas Anwar, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi aspek keadilan sejagat dan membela hak mereka yang dizalimi.
“Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution,” katanya.
Malaysia secara konsisten menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun hubungan komersial wujud antara syarikat-syarikat swasta di dua negara itu.
Permusuhan Israel dengan negara Islam di Timur Tengah merupakan isu utama bagi majoriti Melayu Islam di Malaysia.
Anwar menambah dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan.
“Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
“Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin,” katanya.

0 Komen pengunjong :