SHAH ALAM,28 JAN : PKR kesal dengan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyahut seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka mengenai beberapa isu kritikal semasa berkenaan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat yang hangat diperkatakan.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan kerana sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti itu dan betapa gentarnya Umno untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat.
"Jelas, UMNO belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat.Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.
Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan medianya.
Menurut Dr Muhammad Nur , PKR pendirian debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan hari ini dan silam bagi semua tamadun.
Hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam. Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan"insight" baru dapat dicernakakan demi kepentingan negara dan rakyat.
Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan. Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.
"Kita pun merasa aneh mengapa pula pihak Najib tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini. Sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana.
"Beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat jika diperlukan," ujarnya beliau lagi.
Tambah Muhammad Nur, PKR dan Pakatan Rakyat kesal akan betapa hina dan rendahnya pandangan Umno-BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini.
Pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.
"Ia mempamirkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno-BN wajib menjelaskannya," katanya.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
6 hours ago
0 Komen pengunjong :