Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rosmah Mansor Dicabar Saman Akhbar Australia

SHAH ALAM : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyaman akhbar Australia, The Sydney Morning Herald yang mendakwa beliau berbelanja sebanyak RM325 ribu sewaktu percutian ke Sydney baru-baru ini, tegas Penyelaras Pusat SAMM, Zulkifli Ibrahim.Menurut beliau, di atas segala pemborosan yang tidak berkesudahan seorang isteri Perdana Menteri seolah-oleh diselindung dan dihalalkan, rakyat dirayu untuk menolak semua calon BN dalam PRU-13.
"Ini kerana sikap boros, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka, rakyat perlu memberi pengajaran total buat BN selain memberi laluan kepada sebuah kerajaan baru untuk menguruskan kerajaan pusat dengan lebih telus dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan media.
Sebelum ini, Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp turut mengesahkan bahawa Rosmah telah membeli pakaian di butiknya tetapi enggan mendedahkan jumlah pembelian.
"Ia segaligus menyokong dakwaan oleh wartawan Andrew Hornery yang mendakwa Rosmah belanja lebih RM300,000 masa cuti di Sydney.
"Pendedahan tersebut telah dinafikan segera oleh Rosmah dengan alasan yang cukup lemah, sedangkan pendedahan itu perlu dinafikan beserta dengan fakta dan bukti bahawa dakwaan akhbar tersebut memfitnah beliau," kata Zulkifli.
Selain itu, kata Zulkifli, Rosmah juga perlu menjawab mengenai isu kemasukan cincin berharga RM24 juta yang didedahkan pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin sebelum ini.
"Antara persoalan yang masih tidak terjawab sehingga hari ini ialah, mengapa wujud nama Rosmah yang tertera dalam rekod kemasukan cincin RM24juta di dalam borang Kastam Di Raja Malaysia," soal beliau.
"Namun jawapan yang diperolehi ketika itu amat mengecewakan apabila rakyat hanya disajikan dengan jawapan penafian oleh Rosmah, seolah-olah melepaskan batok di tangga, cukup lemah dan dangkal," katanya.

0 Komen pengunjong :