Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah II: Mahkamah Rayuan patut tolak berdasar fakta


Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sekiranya Mahkamah Rayuan berpegang kepada fakta, sudah tentu rayuan yang difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditolak.
“Jika Mahkamah berpegang fakta, rayuan ini wajib ditolak. Hujah (peguam bela) dikemukakan sebelum ini kukuh, kredibiliti pengadu (Saiful Bukhari) dipersoalkan.
“Sampel DNA dan (siasatan) forensik juga tidak dapat membuktikan Anwar bersalah,”  katanya  kepada keadilandaily.com
Pada 20 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes fitnah II.
Bagaimanapun menurut Sivarasa, Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi kerana kes ini adalah kes politik yang dirancang sejak 1998.
“Sistem (kehakiman) di Malaysia masih dilihat tidak bebas dari kongkongan politik. Mengikut pengalaman saya dari kes 1998, Mahkamah Rayuan dan Persekutuan masih boleh diperalat pemerintah,” kata beliau yang juga peguam.
Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan tindakan Peguam Negara terpaksa dibuat mengikut ‘skrip’ yang disediakan.
“Skrip tentang ini telah ditulis, jadi mereka (peguam negara) terpaksa ikut. Mereka sudah tidak ada bukti yang kukuh,” katanya.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menamatkan usaha jahat untuk memenjarakan semula Anwar.
“Perdana Menteri kena ambil langkah mengakhiri perkara ini kerana ia mencemar nama baik Malaysia. Peguam Negara boleh menarik balik rayuan ini dan melakukan perkara yang wajar,” katanya kepada keadilandaily.
Menurutnya lagi, sistem keadilan tidak sepatutnya dikongkong dan harus bebas daripada campur tangan mana-mana parti politik.
“Isu (Fitnah II) digunakan sebagai alat politik untuk menamatkan karier ketua pembangkang,” kata Ketua Publisiti DAP itu.

0 Komen pengunjong :