Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rakyat tetap tolak Akta Perhimpunan Aman- Syed Husin


KUALA LUMPUR : Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan kerajaan tidak akan menghalang dan melemahkan kebangkitan rakyat dalam menuntut hak mereka,  tegas Senator Syed Husin Ali.

“Rang Undang-Undang yang baru dilulus ini lebih kejam, namun saya yakin ia akan ditolak rakyat sebagaimana yang berlaku pada perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.
“Lihat sahaja semasa perhimpunan itu, makin rakyat dihalang, ribuan tetap hadir bagi menuntut hak mereka di jalan raya,” kata beliau ketika dihubungi Keadilandaily.
RUU Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan semalam selepas lapan Anggota Dewan Negara dari Pakatan Rakyat tidak berjaya menyekat apabila 39 anggota dewan daripada BN mengundi untuk menyokong.
Menurut Syed Husin, RUU itu dilulus secara tergesa-gesa kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kian bimbang kuasa Umno-BN berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
“RUU Perhimpunan Aman dilulus tergesa-gesa kerana Umno BN bimbang dan semakin tertekan dalam usaha mereka mempertahankan kuasa yang terus ditolak rakyat menjelang PRU ke-13,” katanya.
Beliau juga kesal kerana kerajaan enggan mendengar pandangan daripada wakil masyarakat sivil dan profesional seperti peguam, sebelum meluluskan akta  berkenaan.
“Perbahasan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat sahaja tidak cukup kerana sepatutnya kerajaan turut menjemput dan memberi ruang kepada orang awam untuk berunding mengenainya,” katanya.

0 Komen pengunjong :