Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Panik hanya kerana 5 minit penurunan bendera Najib?

Parti Sosialis Malaysia (PSM) terasa amat lucudan terperanjat bahawa satu insiden tidak sampai 5 minit menurunkan dan menaikan semula bendera Najib di hadapan PWTC boleh mendapat reaksi yang begitu kuat dari UMNO dan juga jentera kerajaan.  Reaksi yang begitu kuat ini seolah-olah mengambarkan bahawa kerajaan Najib berada dalam satu landasan yang cukup tidak stabil dan mengalami krisis keyakinan dalaman.

Apa yang dilakukan oleh mahasiswa tersebut sememangnya satu protes simbolik yang tidak mencederakan sesiapa mahupun satu satu aktiviti jenayah.  Tindakan mahasiswa tersebut tidaklah seteruk berbanding dengan pelbagai insiden pencabulan hak asasi yang lain seperti meletupkan manusia, menayangkan video lucah kepada umum atau menahan seorang tanpa bicara.  Apa yang dilakukan boleh disifatkan sebagai hak untuk meluahkan perasaan secara aman iaitu satu hak perlembagaan yang dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Negara.

PSM meminta Perdana Menteri tidak terpesong dari isu asas yang dibangkitkan oleh golongan mahasiswa iaitu isu kebebasan akademik dan pemansuhan AUKU.  Kami juga tidak faham bagaimana satu insiden sekecil ini boleh diletupkan sebegitu besar seolah-olah ia adalah satu ancaman kepada negara dan pemerintahan hari ini.  Terdapat jauh lebih banyak isu seperti isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang harus difokus buat masa ini.

-/Merdekareview

0 Komen pengunjong :