Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Projek lembu: PM, menteri berbohong, dakwa PKR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

Menurut pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet itu.

Sambil mengedarkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat dan penyata akaun untuk menyokong dakwaannya, Rafizi berkata bahawa maklumat transaksi dalam dokumen berkenaan  dengan jelas menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah telah dikeluarkan pada 31 Mac 2009.

Noh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR.

Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul.

0 Komen pengunjong :