Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gabungan NGO : Laksana Penambahbaikan Piliharaya Atau Terima Protes Rakyat


KUALA LUMPUR: Gerakan yang dikenali sebagai ‘Massa’ memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar melakukan proses penambahbaikan pilihan raya sebelum pilihan raya umum diadakan.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata jika gesaan sedemikian gagal dipenuhi, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengadakan protes besar-besaran bagi menuntut proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kami bersama teman-teman organisasi massa yang lain hari ini mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada PM bahawa PRU hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan,” kata beliau dalam satu sidang media hari ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai CheguBard berkata beliau merujuk kepada janji Najib selepas Himpunan Bersih 2.0 September lalu di mana beliau mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji perkara ini.
Bagaimanapun, CheguBard melahirkan kebimbangan dengan beberapa ’maklumat’ yang diterima bahawa Najib bakal membubarkan parlimen pada 11 September ini sebelum sebarang penambahbaikan diimplementasikan.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim menyatakan jika ini bukan kesnya, Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional harus menyatakan pendirian beliau dan berterus-terang dengan rakyat.
“Jika benar (parlimen dibubar November) ini. Kita lihat ini sebagai satu lagi langkah Umno dan Barisan Nasional untuk mempertahankan kuasa di peringkat pusat dan negeri dengan cara yang tidak betul dan menafikan hak majoriti rakyat yang mahukan perubahan,” kata beliau.
Justeru beliau meminta para wartawan bertanya soalan tersebut sekembalinya Najib dari menunaikan haji pada 9 November ini.
Turut hadir bersama CheguBard dan Haris ialah wakil Parti Rakyat Malaysia Dr Rohana Ariffin, wakil Parti Keadilan Kaum India, PS Jennapala dan wakil Liga Graduan Tiada Pekerjaan Devadas Silvaraju.

0 Komen pengunjong :