Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Enggan lulus permit Suara Keadilan, transformasi Najib gagal

KUALA LUMPUR : Kenggganan kerajaan meluluskan permit penerbitan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, membuktikan reformasi politik yang digembar-gemburkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, gagal
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merujuk komitmen kerajaan untuk melakukan transformasi politik, termasuk mempertahankan kebebasan media ketika pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.
“Dia katakan akhbar akan diberi permit secara automatik, bukan melalui pembaharuan permit tahunan. Tapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan oleh Menteri Dalam Negeri (terhadap permit Suara Keadilan),” kata Tian Chua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.
September lalu, perdana menteri mengumumkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dengan menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan kepada permohonan sekali sahaja, selain memansuhkan ISA.
Namun budi bicara mutlak untuk memberi dan membatalkan permit masih dikekalkan kerajaan, sekaligus membuktikan Najib hanya menabur janji.
Pada masa yang sama, Tian Chua berkata, indeks kebebasan media di negara ini jatuh di tangga ke 143 dari 196 negara di seluruh dunia.
Beliau turut mengaitkan peruntukan khas Jabatan Perdana Menteri sehingga RM10 bilion untuk mengupah perunding antarabangsa seperti Apco Worldwide dan FBC Media, yang mengenepikan peranan kementerian luar dan kedutaan Malaysia dalam kerja diplomatik.
“Sekiranya begini, lebih baik mansuhkan sahaja jawatan Menteri Luar. Peranan diplomat Malaysia tak dapat diperkasa dan perunding yang diupah kerajaan tidak pula memindahkan teknologi dan kemahiran dalam sektor awam,” kata  Naib Presiden KEADILAN itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang bangun mencelah mengingatkan Ahli Dewan mengenai budaya mengupah perunding asing bermula sejak pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
“Pada 1986, Dr Mahathir melantik syarikat pengiklanan Saatchi & Saatchi untuk menasihat Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya.
“Manakala pada 2001, pejabat kedutaan Malaysia di Washington mengupah pelobi Yahudi Jack Abramoff sebanyak AS$1.2 juta (RM4.4 juta) untuk mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002,” kata Yusmadi.

0 Komen pengunjong :