Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video Undilah ditarik, video lucah dibenar- Fariz


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata kerajaan melarang video Undi lah disiarkan di televisyen tetapi membenarkan video seks fitnah disebar berleluasa di internet.
Katanya, ia jelas menunjukkan ketakutan Umno terhadap penyiaran video Undilah, yang turut memaparkan tokoh-tokoh pembangkang dan Tengku Razalegh Hamzah- yang dianggap pemimpin kontroversi dalam Umno.
“Nampak sangat betapa fobia nya kerajaan Umno-BN. Sedangkan video fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas dimuat naik di internet dan diedarkan kepada orang ramai. Kenapa tak berani ambil tindakan?,’ soal Fariz.
Menurut Fariz, ikon yang dipaparkan dalam video undilah tidak berkempen untuk parti mereka, sebaliknya cuma mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih dan mengundi.
“Inilah ketakutan yang ditunjukkan Kementerian Penerangan yang bimbang dengan wajah-wajah yang ditampilkan itu kerana peranan mereka akan menjadi ikon kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Secara sinis, beliau  berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mungkin menarik balik video itu kerana ia tidak menyiarkan muka isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Mungkin syarat wajib siaran untuk video atau iklan khidmat sosial perlu tunjuk muka Rosmah. Lepas itu baru dibenarkan untuk tayangan di televisyen,”  katanya kepada Keadilandaily.
Penarikan video 4 minit 28 saat itu dibuat tiga hari selepas pelancarannya pada 16 September melalui satu surat perintah SKMM kepada Astro dan Media Prima Bhd.
Antara yang muncul dalam video itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ahli parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN KEADILAN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Turut dipaparkan artis-artis seperti Namewee dan Afdlin Shauki.

0 Komen pengunjong :