Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno main isu hudud untuk pecah belahkan Pakatan


KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan melayani isu hudud yang dimainkan Umno-BN bagi memecah belahkan parti dalam gabungan itu, menjelang Pilihan raya Umum akan datang.
“Kita tidak akan mengikut agenda mereka (BN) dalam isu Hudud ini. Umno –BN bercakap hanya untuk satu tujuan, supaya kita (PR) berselisih faham antara satu sama lain,” kata Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali ketika mengadakan sidang media di  Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, sebentar tadi.
Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk membincangkan isu hudud di peringkat pimpinan tertinggi pada 28 September ini.
Sehingga tarikh itu katanya, pemimpin ketiga-tiga parti itu dilarang untuk memperkatakan isu berkenaan.
Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN Saifudin Nasution menegaskan isu hudud yang cuba ditimbulkan Umno itu tidak akan berupaya memecah-belahkan PR.
Katanya, PR lebih utuh dan matang berbanding beberapa tahun lalu dalam menghadapi isu-isu sensitif.
“Tujuan dan matlamat politik BN adalah untuk menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain dalam PR. Saya katakan hajat itu tidak akan kesampaian kerana kerjasama kita utuh. Asas kerjasama kita adalah mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.
“Saya ingin menghantar bola ke kaki Chua Soi Lek, Presiden MCA yang berkata akan keluar BN jika hudud dilaksanakan. Sehingga sekarang di Terengganu, undang-undang hudud yang diluluskan oleh kerajaan Pas (1999 – 2004) tidak pernah dirombak oleh Umno yang memerintah. Umno boleh melaksanakan Hudud.
“Jika MCA benar-benar ingin tinggalkan BN, inilah masanya kerana undang-undang hudud di Terengganu tidak dimansuhkan oleh kerajaan Umno-BN,” bidasnya.
Wakil DAP Anthony Loke mengulangi pendirian PR bahawa hudud bukan polisi bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti. Oleh yang demikian, tidak timbul isu perlaksanaan hudud.
“Isu hudud bagi kami bukan baru dan pendirian kami sama seperti dahulu. Isu ini hanya ditimbulkan oleh propagandis Umno dan Dr Mahathir untuk menjadi pengacau bagi mencetuskan polemik antara Dap dan Pas
“Umno sama sekali tidak berminat untuk melihat samada hudud dilaksanakan atau tidak, tetapi hanya ingin memecahkan PR sebelum pilihanraya umum ke-13,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :