Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video fitnah terbaru disebar, Anwar sedikitpun tidak gentar


GEORGETOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.
Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkan itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.
Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.
“Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik,” sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.
Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar ‘.
Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu.
Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.
“Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat,” kata Anwar.
Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit.
Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.
“Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib
juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib,” katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

0 Komen pengunjong :