Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Cincin RM24 juta Rosmah sudah dilapor ke SPRM- Chegu Bard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata isu RM24 juta cincin berlian yang dibeli isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telahpun dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau menyelar kenyataan bekas anggota KEADILAN, Anuar Shaari yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu.
Dalam laporan itu, Anuar mencabar Badrul yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau supaya melaporkan isu pembelian cincin itu kepada SPRM.
Menyifatkan tindakan itu sebagai usaha memperbodohkan rakyat, Chegu Bard berkata beliau sudah pun membuat laporan kepada SPRM pada 13 Julai lalu yang turut dihadiri wartawan Utusan.
“Mustahil Utusan tidak tahu laporan SPRM sudahpun dibuat pada 13 Jul 2011 kerana wartawan Utusan juga hadir dalam sidang media depan SPRM P.Pinang,” kata Badrul atau mesra dipanggil Chegu Bard.
Justeru itu, katanya, media kawalan Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan taktik Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie” – yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali akan dipercayai rakyat.
Chegu Bard sebelum ini mendedahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berlian dari saudagar permata Jacob and Co di Amerika Syarikat yang berharga RM24.45 juta
Beliau mendakwa terdapat bukti jelas kemasukan berlian berkenaan yang didapati menerusi rekod Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.
Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai fitnah dan tidak mahu melayan dakwaan tersebut, selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.
Bagaimanapun, Anuar Shari dalam kenyataannya mengatakan cincin itu sebenarnya dibeli oleh bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, dan hanya melalui transit di Malaysia.
Dalam pada itu, chegu Bard turut menempelak TV3 dalam isu jemaah Surau ‘Al-Musyrikin’ yang kononnya berang dan membantah pusat tuisyen yang menggalakkan murtad di kalangan orang Melayu.
Menurutnya, Surau ‘Al-Musyrikin’ tidak pernah wujud dan direka-reka oleh TV3 semata-mata.
“Pertama sekali adakah sesiapa yang ‘sudi’ namakan surau sebagai Musyrikin (kafir-menyekutukan Allah). Siasatan dibuat beberapa pihak mendapati jelas surau itu tidak wujud. Namun TV3 tak peduli meneruskan penipuan yang sama berulang kali.
“Malah ditampilkan seorang ‘Datuk’ sebagai Pengerusi jemaah ‘al-Musyrikin’,” katanya.

0 Komen pengunjong :