Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jangan takut hadapi pilihan raya jika ada prinsip, Anwar kata Umno

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Umno harus yakin untuk memenangi pilihan raya secara adil jika parti teras pemerintah itu mempunyai prinsip, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Dalam ucapannya pada satu ceramah menjelang perhimpunan Bersih hari ini, Ketua Pembangkang itu berkata, beliau akan hadir perhimpunan petang ini di Stadium Merdeka.
Beliau merupakan salah seorang daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara hari ini.
“Kami hanya meminta pilihan raya bersih, itu sahaja,” kata Anwar pada ceramah ci Cheras malam tadi. Ketua Umum itu berkata Turki telah mengundang wakil-wakil luar negara menjadi pemerhati pilihan raya di negara itu bulan lalu.
“Kita (di sini) tidak boleh meneliti daftar pemilih kita sendiri... saya tidak boleh mendapat satu minit temu bual (menerusi media arus perdana),” kata Anwar yang mengenakan mahu warna kuning malam tadi.
“Saya akan ke Stadium Merdeka. Bagaimana? Jangan tanya,” kata beliau, bekas timbalan presiden Umno, dengan senyuman, disambut oleh tepukan hadirin.
Polis telah memulakan sekatan di seluruh Lembah Klang sejak petang semalam, menyebabkan kesesakan teruk di laluan-laluan menuju masuk ibu negara.
Lebih 30 jalan utama di ibu negara ditutup. Ini kali kedua Bersih, yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya diadakan.
Kali pertama diadakan pada akhir 2007 telah menarik sehingga 50,000 orang.

0 Komen pengunjong :