Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Utusan Malaysia sudah jadi ‘Denmark Malaysia’: Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai “Denmark Malaysia” ekoran penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.
Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.
“Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam.
“Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut,” kata Nik Aziz pada laman sosial Facebook beliau hari ini.
Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Tindakan itu mendapat kecaman  hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka.
Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.
Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Dialognya berbunyi “Bagus . . . Alat itu pun boleh jadi bukti!”.
Tindakan Utusan Malaysia itu dikecam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.
Karikatur itu muncul ketika isu video seks yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih menjadi bahan perbualan.
Golongan ulama termasuk PAS mengecam penggunaan video seks itu yang turut didakwa bertujuan menyebarkan fitnah dan mengaibkan individu tertentu.
Kecaman itu turut dibuat dalam bentuk usul pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 awal bulan ini.

0 Komen pengunjong :