Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Peruntukan RM1.8 juta boleh biaya biasiswa pelajar- Nik Nazmi

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru  Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen supaya lebih prihatin dengan kesusahan rakyat daripada menghabiskan RM 1.8 juta hanya untuk laman media sosial kementerian tersebut.
Demikian beliau mengulas kenyataan Ng Yen Yen yang mempertahankan jumlah peruntukan berkenaan.
Menurut Nik Nazmi, kerajaan sepatutnya meletakkan keutamaan untuk membelanjakan wang kepada perkara yang penting ketika rakyat menanggung kenaikan kos akibat penarikan balik subsidi.
“Menteri perlu bertanggungjawab berkenaan peruntukan yang begitu besar dan perlu jelaskan bagaimana wang tersebut digunakan.
“Sepatutnya di kala rakyat dihimpit kesusahan dengan subsidi ditarik, menteri tidak harus menghabiskan duit dengan begitu sahaja,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Dalam pada itu, beliau menganggarkan sejumlah peruntukan itu boleh digunakan dalam bidang pendidikan bagi memperkasakan sektor tersebut.
“Jika digunakan wang sebanyak itu untuk membiayai biasiswa pendidikan di Malaysia sudah mencukupi.
“Kita juga mahu tahu servis apa yang melibatkan kos begitu tinggi diperlukan oleh Kementerian Pelancongan. Sedangkan banyak cara atau kaedah boleh dilakukan dengan perbelanjaan yang lebih kecil,” katanya.
Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah membelanjakan RM1.8 juta di laman Facebook, termasuk perbelanjaan untuk pembangunan, kerja-kerja menyelenggara dan pengiklanan.
Tender untuk kontrak selama tiga tahun itu diberikan kepada sebuah syarikat Impact Creations Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini didakwa berkait rapat dengan rakan Ng Yen Yen, Juni Ewe.
Juni Ewe, Pengarah Urusan Impact Chalengger Sdn Bhd, dikatakan perunding untuk Impact Creations Sdn Bhd yang turut memenangi tawaran untuk kontrak pengiklanan dan promosi di kementerian pelancongan bagi 2011 hingga 2013.
Bagaimana pun, pada 16 Mac lalu, Ng Yen Yen menafikan kaitan tersebut.

0 Komen pengunjong :