Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pinjaman RM6bilion:Kenapa Felda Membisu


SHAH ALAM 9 Jun -  Sikap berdiam diri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengenai isu samada Felda meminjam RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengundang tanda tanya kepada Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Justeru Mazlan menganggap dakwaan beliau bahawa Felda sememangnya memohon pinjaman itu semakin sahih apabila tiada sebarang penjelasan diberikan oleh Timbalan Menteri itu.
  
"Nampaknya sampai hari ini beliau mendiamkan diri, saya fikir ada sesuatu yang tidak kena apabila beliau mengambil langkah mendiamkan diri,  sebab itu saya mengesyaki bahawa kebenaran fakta felda meminjam dengan KWSP adalah semakin jelas," kata Mazlan.

Mazlan menegaskan Anak Anak hanya mahukan penjelasan kenapa pinjaman itu perlu dan bagaimana ia digunakan kerana ia akan memberi implikasi kepada pencarum KWSP disamping peneroka felda sendiri.
ANAK sebelum ini membuat pendedahan mengenai pinjaman RM6bilion itu, menerusi maklumat yang diperoleh daripada minit mesyuarat Felda Nitar 2, Mersing pada 20 April lalu.
Pinjaman itu menimbulkan tanda tanya kerana Mazlan dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri sentiasa mendakwa kedudukan kewangan Felda adalah kukuh.
Bagaimanapun Ahmad Maslan memberitahu Parlimen sebelum ini bahawa rizab Felda susut dari Rm4.8bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009, penurunan lebih 60 peratus.
Timbalan Menteri itu enggan melayan jemputan Mazlan untuk berbahas bagi mengupas isu rizab Felda yang merudum dalam tempoh lima tahun.   
Ketika dihubungi TVSelangor, Mazlan melahirkan rasa kesal dengan tindakan pengurusan Felda enggan memberikan reaksi mengenai pinjaman RM6bilion dari KWSP.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bercadang membuat laporan polis besar-besaran di seluruh negara untuk menutut siasatan berhubung dakwaan pinjaman terbaru Felda itu.

 
"Kita akan menggerakkan satu laporan polis di seluruh negara supaya pihak polis dapat membuat satu siasatan kerana ini penting untuk kita mengetahui apakah benar dakwaan pinjaman tersebut dan kalau benar wang 6 billion itu digunakan untuk tujuan apa?"

0 Komen pengunjong :