Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video Lucah: Polis tak perlu buang masa, kata MB Selangor


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan polis harus meluangkan masa untuk menjaga keamanan dan bukannya menjadi agen menyebarkan fitnah video lucah.
“Keutamaan sebenar polis jelas untuk menjaga keamanan dan bukannya sebagai agen awam (menyebar video)" tambahnya.
Khalid mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat mengemukakan bukti bergambar bagi mensabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan UMNO-Barisan Nasional untuk menfitnah Anwar bersabit rakaman lucah yang didalangi Datuk T.
Gambar-gambar itu menunjukkan Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyebarkan fitnah di kalangan dua ribu guru di Bachok, Kelantan. Beliau memberitahu guru-guru berkenaan bahawa Anwar, kononnya, adalah pelaku dalam video itu.
Datuk Dr Abdul Rahman adalah Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurussetiaan Polis Bukit Aman,
Lebih dua ribu guru dan gurubesar disajikan fitnah oleh Datuk Dr Abdul Rahman pada 'Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa Kini' di Bachok pada 19 Februari lalu dan beberapa daerah lain, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Setelah rakaman asal video lucah itu diserahkan kepada polis pada bulan lalu, beberapa klip video  termasuk aksi lucah dimuatkan di Youtube dan disebarkan di seluruh negara dengan dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu.
Pihak berkuasa masih belum mendakwa gandingan Datuk T yang merangkumi ahli perniagaan Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik  dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim walaupun mereka mengaku mendalangi penayangan video itu pada 21 Mac lalu.
Mereka bertiga mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.
Anwar membuat laporan polis dan turut mahukan undang-undang qazaf digunapakai untuk menangani fitnah berkenaan.
Khalid berkata polis harus memberi keutamaan kepada soal keamaman negara dan jelas video berkenaan tidak boleh dianggap sebagai perkara paling penting dalam agenda Bukit Aman.
“Sekiranya benar penyebaran video tersebut mampu memberi impak negatif dlm keamanan polis boleh mengambil tindakan. (Tetapi) kalau saya memegang kerajaan, ini bukan prioriti utama polis,” tambah Khalid.
"Kalau video tersebut ganggu keamanan, kenapa polis tidak ambil tindakan keatas bekas Menteri Kesihatan (chua Soi Lek) yang jelas mengaku terlibat dengan video seks yang juga telah pun terdedah,"  kata Khalid.
Dalam kes Chua, Peguam Negara tidak mendakwa Presiden MCA itu walaupun beliau mengaku melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang wanita dengan videonya diedarkan secara meluas.

0 Komen pengunjong :