Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tun M, jadilah penasihat yang baik

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tahu betapa perlu dan pentingnya keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara Malaysia tercinta ini dipelihara dan berupaya menjadi seorang penasihat yang baik untuk negara.

“Berbekalkan pengalaman tersebut, sepatutnya Tun Mahathir dapat menjadi sebarang penasihat yang baik untuk negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan kaum yang menjadi sumber asas kekuatan negara selama ini,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man .

Namun, kata beliau, adalah amat dikesali mantan perdana menteri telah memilih untuk tidak membantu sebagai penasihat baik untuk kerajaan, sebaliknya sentiasa menjadi masalah kepada kepimpinan negara.

“Contohnya, dalam kes Tun Abdulah Ahmad Badawi, Tun Mahathir yang melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Tiba-tibalah, beliau jugalah yang mengkritik, merungut dan menekan dengan pelbagai bahasa yang kesat.

"Beliau gagal membantu kerana ada sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh,” ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kini, tambahnya, adalah amat sedih Mahathir terjebak dengan agenda menyemarakkan api perkauman dan agama semata-mata cuba mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman komponen parti Barisan Nasional yang semakin ditolak oleh rakyat.

“Apa tujuan beliau memainkan sentimen perkauman yang beliau sendiri tahu kesannya bilamana ianya gagal dikawal?
"Apakah semata-mata kerana untuk mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman yang semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus menaruh harapan pada elemen perkauman sebagai agenda utama pada setiap kali pilihanraya?” soal Tuan Ibrahim.

Melihat sikap Mahathir yang kini semakin tidak bertindak sebagai seorang bekas perdana menteri yang sepatutnya, Tuan Ibrahim merenung apakah hasrat Mahathir untuk negara Malaysia dengan permainannya kini.

“Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun Mahathir nak bawa negara kita ini.

"Betul, beliau seorang ahli umno dan bekas pimpinan lama, namun jikalau beliau bukan bekas perdana menteri, tak kisahlah sangat, tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana ‘sepatutnya' beliau kena bertindak seperti beliau masih PM (dalam menjaga perpaduan kaum),” kata Tuan Ibrahim.

0 Komen pengunjong :