Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN terpaksa berbohong untuk kekal kuasa

KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER:  Disebabkan terdesak untuk menang pilihanraya, slogan 1Malaysia Najib seolah masuk bakul sampah apabila BN bersikap ‘lidah bercabang’ mengekalkan taktik “pecah dan perintah” dalam kempen mereka kepada kumpulan kaum yang berbeza.
Menyifatkan ia adalah bukti bahawa BN sudah tidak yakin untuk menang dalam PRU ke 13, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata taktik kempen BN ini telah  menggambarkan bahawa mereka telah hilang kredibiliti, legitimasi dan kewibawaan moral untuk terus memerintah negara ini.
Menurutnya, pendekatan BN ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kempen PR yang hanya mempunyai satu mesej jelas kepada semua rakyat Malaysia iaitu mengembalikan keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik serta menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
Kit Siang yang juga Ahli parlimen Ipoh Timor menjelaskan bahawa taktik kempen BN secara halus dan jahat ini akan menjejaskan pembinaan kesatuan bangsa Malaysia.
“Kepada kaum Melayu, pemimpin dan propagandis UMNO berbohong dengan berkata sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan, DAP akan berkuasa dan Melayu akan kehilangan kuasa politik dan menjadi “pengemis di tanah sendiri”,
“Mereka juga menuduh bahawa kemenangan PR akan menyebabkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara akan digantikan dengan negara Kristian, pemansuhan sistem Raja-Raja dan Malaysia pula menjadi negara Republik”
Pada masa yang sama tambah beliau, lain pula momokan BN kepada kaum Cina dimana pemimpin-pemimpin dan propagandis MCA menyebarkan amaran bahawa PAS sebenarnya yang akan berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan pada PRU13.
“MCA memomokkan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan menyebabkan hak dan kepentingan bukan Islam akan terjejas sementara wanita bukan Islam tidak mampu lagi berasa selamat kerana mereka akan diperkosa oleh umat Islam.”
Jelas Kit Siang, hal ini mengingatkan kepada penipuan MCA dan Gerakan pada 1999 bahawa mengundi DAP bermakna mengundi PAS dan Negara Islam. Dimana mereka menggambarkan khinzir, alkohol, rumah ibadat agama lain, sekolah Cina akan tiada manakala wanita cantik akan sukar mendapat pekerjaan malah pemotongan tangan dan kaki akan berleluasa.
Walhal ujar beliau, pemimpin-pemimpin BN sendiri tidak percaya kepada pembohongan dan dakwaan sekutu masing-masing.
“Inilah sebabnya mengapa BN layak untuk ditewaskan dan diganti dengan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan baru di Putrajaya dalam PRU13.” kata Kit Siang.

– Roketkini.com

0 Komen pengunjong :