Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hak Kerakyatan : UMNO BN Gadai Negara : Ketua Wanita Keadilan

SHAH ALAM  : Tindakan memberikan hak kerakyatan sewenang- wenangnya kepada warga asing dilihat sebagai cubaan mahu menggadaikan negara. 

UMNO Hulu Selangor sebelum ini dikesan menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan menyenaraikan 2000 nama warga asing yang dikenalpasti berpotensi menjadi pengundi BN pada pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Namun pendedahan itu dinafikan Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Mohamad Idris Abu Bakar dengan ugutan mahu menyaman PKR.

Ugutan saman itu bingkas disambut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang bertanggungjawab membuat pendedahan itu berkata, surat rasmi yang dihantar UMNO Hulu Selangor kepada KDN diperolehi dari seorang penjawat awam yang sudah tidak tahan dengan pengkhianatan kepada negara itu.

"Mereka ini adalah pengkhianat, pengkhianat kepada demokrasi, pengkhianat kepada perlembagaan, mengancam keselamatan negara kita dengan membawa warga asing. 

"Kita tak marah warga asing yang datang untuk bekerja di sini tetapi kenapakah kerajaan yang rakus dan korup ini sanggup menggadai negara ini menjadikan mereka warganegara untuk mengekalkan kuasa mereka dalam negara," katanya lagi.   

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menegaskan, UMNO perlu memikirkan strategi yang lebih baik, bukannya dengan melakukan perbuatan khianat kepada kedaulatan negara.

"Ini memang memundurkan politik melayu, memang UMNO suka nak memundurkan orang Melayu dengan politik bodoh, lucah dan porno.

"Bila pendatang itu digunakan sebagai warganegara, apa akan terjadi kepada persekitaran kita? Kalau perkara ini digunakan, maka negara kita akan lebih mundur daripada apa yang ada sekarang," katanya. 

Beliau berkata demikian di hadapan seramai 1,400 orang yang hadir dalam program ceramah majlis penerangan Jelajah Selangor atau 'JELAS- Tawan Malaysia' malam tadi di Dewan Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS).

1 comment :

  1. Kita sama-sama tunggu saman Datuk idris kepada PKR. Kalau dia tak bawak kes ni ke mahkamah maknanya ......?? Sama-sama kita tengok yer.. Adam ni just pemerhati bebas dan menginginkan Demokrasi mengikut takrif demokrasi yang sebenarnya..

    ReplyDelete