Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar yakin pilihan raya umum tahun ini

NONE

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum mengejut pada tahun ini. Justeru, katanya gabungan komponen Pakatan Rakyat perlu bersedia bagi menghadapinya apabila Dewan Rakyat dibubarkan.
"Saya percaya Pilihan Raya Umum akan berlangsung tahun ini. Kami mesti bersedia dan bekerja keras," katanya.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu mengakui bahawa Pakatan berdepan masalah bagi menggerakkan jenteranya seperti di negeri Sarawak.

"Kita tak boleh cakap nak jaga Permatang Pauh atau Ampang saja.

"Suruh dia pergi Ba' Kelalan, tengok trend di situ. Orang baca akhbar tak ada, kemudian media alternatif pun tak baca.

"Cabarannya serius," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di satu majlis wacana berhubung pengangkutan awam di bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya petang ini.
Pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu, PKR hanya memenangi tiga daripada 49 kerusi yang ditandinginya manakala PAS tewas di semua lima kerusi. DAP pula menang besar dengan membolot 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Selain sumber kewangan yang terhad, Pakatan mendakwa menghadapi kesukaran menembusi pengund di kawasan pedalaman kerana media masa arus perdana dikawal ketat BN dan maklumat mereka tidak sampai kepada rakyat kecuali di bandar-bandar.
Anwar berkata PKR, DAP dan PAS akan terus bekerja keras dalam memberi pemahaman terhadap Buku Jingga dan dasar Pakatan Rakyat kepada rakyat di seluruh negara.

Desas-desus bahawa pilihan raya umum mengejut akan diadakan tahun ini bertiup kencang apabila beberapa pihak mendakwa iklim politik kini lebih memihak kepada BN.

Di kalangan Pakatan sendiri kerjasama parti komponen dilihat rapuh dan diburukkan lagi dengan masalah dalaman yang melanda mereka, terutamanya PKR.

Contohnya, di Sarawak, PKR dan DAP bertelagah semata-mata untuk menubuhkan kabinet bayangan yang terus menghadapi jalan buntu.

Selain itu, Anwar bukan sahaja berdepan dengan perbicaraan kes liwatnya yang sedang berlangsung tetapi kini terpalit pula dengan video seks yang didakwa mirip muka ketua pembangkang itu.

Umno juga dikatakan sedang 'melamar' PAS supaya berkerjasama dengan BN meskipun pemimpin utamanya telah menolak pelawaan berkenaan.
Mandat kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib yang juga presiden Umno akan berakhir pada April 2013.

Tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

0 Komen pengunjong :