KUALA LUMPUR, 16 Mei — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi diarah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.
Terdahulu, Mohd Zaibidin memutuskan bahawa Saiful, yang juga pengadu, merupakan seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.
Mohd Zabidin juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.
-/Malaysia Insider
0 Komen pengunjong :