Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anti-Lynas: Polis tahan empat anggota DAP


KUANTAN, 15 Mei — Polis menahan empat anggota DAP pagi ini kerana mengadakan demonstrasi memprotes loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang. Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke, yang hadir ketika kejadian memberitahu The Malaysian Insider, polis menahan empat anggota parti itu ketika protes mereka hampir berakhir.
Katanya, program membantah bermula dengan pembukaan pusat khidmat DAP Kuantan di Jalan Beserah di sini pada pukul 10 pagi tadi sebelum memulakan demonstrasi ringkas.
“Ia hanya demonstrasi kecil... tiga daripada kami memberikan ucapan, (Adun Triang), Leong Ngah Ngah, (Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR) Azan Ismail dan kemudian saya.
“Ketika saya hendak berucap, OCPD Kuantan datang dan minta kami menghentikan acara ini. Saya memberitahu bahawa kami hampir mahu mengakhiri majlis, jadi selepas hujah kecil, kami berjaya menamatkan demonstrasi kami dan meminta setiap orang supaya bersurai,” katanya ketika dihubungi.
Loke menjelaskan, pemimpin-pemimpin DAP berkumpul untuk sesi bergambar untuk media dan ketika empat anggota parti menunjukkan kain rentang anti-Lynas yang hanya tertera logo.
“Melihat perkara ini OCPD dengan serta-merta mengarahkan pegawai-pegawainya menahan mereka, mendakwa ia tindakan provokasi,” katanya lagi.
Empat yang ditahan itu terdiri daripada timbalan ketua DAPSY Kuantan Lee Chin Chen, timbalan ketua DAP Bentong Chow Yu Hui, pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Ting Siow Shuen dan pemberita Rocket Khor Huey Ying.
Loke berkata, keempat-empat mereka telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kuantan.
Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang mengetuai kempen anti-Lynas di kawasannya berkata, adalah jelas pihak polis untuk menunjukkan kuasa dan autoriti mereka.
“Mereka hanya mahu menunjukkan mereka berkuasa. Mereka belum pun memulakan (demonstrasi) dan sudah ada kehadiran polis yang ketat di kawasan itu,” kata Naib Presiden PKR ini.

0 Komen pengunjong :