Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sokongan penduduk pedalaman Sarawak meningkat – Anwar


KUCHING: Sambutan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak terhadap Pakatan Rakyat semakin menggalakkan sekalipun polis terus-terusan cuba menyekat rakyat dari menghadiri ceramah.
Dalam kunjungan dan kempen yang masuk hari kelima, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapati acara yang diatur bagi menyuntik semangat pasti menyakinkan rakyat Sarawak supaya berani membuat perubahan.
“Saya mula menjelajah termasuk ke kawasan pedalaman yang merangkumi penduduk Iban, Bidayuh dan juga Melayu.
“Sambutan penduduk antaranya di Riit Mawang, Tabuan Melayu dan Kampung Tarat Rayang ternyata hangat dan mengalakkan,” kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam blognya, hari ini.


Anwar mengingatkan rakyat Sarawak yang mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedangkan elit pemerintah memunggah kekayaan dengan merampas tanah adat, mengagih khazanah balak dan membahagi kontrak sesama mereka.


“Rakyat kini dapat menghidu betapa Barisan Nasional (BN) mula terdesak. Pemerintah terpaksa menggunakan pihak berkuasa menghalang saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya dari terus berceramah menyampaikan maklumat yang tepat.
“Misalnya, di bilik gerakan Kampung Sinjan, DUN Semariang dan Kampung Petingan, DUN Satok, polis mengganggu saya dari berceramah. Alhamdulilah, ia tidak menghalang rakyat Sarawak untuk terus mendengar agenda Perubahan yang ingin kami sampaikan,” katanya.

0 Komen pengunjong :