Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Semangat untuk Ubah Sarawak kian tinggi – Anwar


KUCHING: Kesedaran rakyat Sarawak semua lapisan etnik untuk melakukan perubahan politik di negeri itu semakin tinggi dan teguh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita lihat semangat begitu tinggi di kalangan pekerja parti dan kesedaran rakyat baik Cina, Iban, Melayu dan Bidayuh, nampak semangat begitu tinggi.
“Jadi, kita memiliki tekad yang satu – membina kekuatan kita untuk masa depan, untuk mempertahan pronsip yang kita bawa dan muafakat untuk maju menghadapi PRU 13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan KEADILAN Pusat dan pimpinan parti itu di Sarawak, hari ini.
Gambar Hiasan
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berakhir 16 April lalu, KEADILAN menang tiga kerusi di Krian, Ba’kelalan dan Batu Lintang manakala DAP 12 kerusi.
Pakatan Rakyat juga meningkatkan kadar undi popular manakala undi popular BN merosot teruk dengan 44 peratus menolak regim berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty dalam kenyataan media, berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berakhir 16 April lalu menunjukkan perjuangan Pakatan Rakyat kian mantap.
Meskipun Barisan Nasional (BN) bernasib baik mengekal majoriti dua pertiga, katanya, undi keseluruhan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat banyak termasuk di pedalaman.
“Perkembangan ini isyarat jelas bahawa gelombang perubahan dan reformasi sedang menyemarak. Sarawak tidak boleh lagi dipersenda sebagai simpanan tetap polistik BN. BN akan menghadapi malapetaka besar pada PRU 13.
“Keputusan itu juga membuktikan sistem dua parti semakin diangkat rakyat dan aliran politik yang cuba menggugat kecenderungan ini akan tersisih dengan sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, beliau kecewa kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merelakan diri diperalat BN dan berharap Pakatan Rakyat dapat memperbetul keadaan itu.
“Pakatan Rakyat harus bertindak sewajarnya untuk membetulkan keadaan ini demi mewujudkan sistem pilihan raya yang tulen dan demokratik demi kepenrtingan dan masa depan rakyat serta negara,” katanya.

0 Komen pengunjong :