Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hata Wahari selar KDN tidak ambil tindakan terhadap Utusan


Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan artikel menghasut dan berbaur perkauman.
Beliau mengulas artikel yang ditulis Penolong Ketua Penerangan 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertajuk ‘Ayuh! 1Melayu 1Bumi’ dalam akhbar milik Umno baru-baru ini.
Selain itu, Hata turut mendedahkan sikap dwistandard yang diamalkan KDN dengan ‘menghalal’ apa sahaja penulisan yang diterbitkan Utusan punca berlakunya berita atau rencana seumpama itu disiarkan akhbar itu.
“Saya tidak faham dengan pendirian KDN apabila mudah mengambil tindakan sekiranya  akhbar Cina atau India mengeluarkan artikel berbaur perkauman, tetapi tidak mempedulikan sekiranya Utusan yang turut mengeluarkan artikel sebegitu.
“Tapi dalam utusan, KDN tidak pernah bagi amaran, KDN seperti menyokong penulisan Utusan. Jika ahli NUJ pastinya mereka disuruh lepaskan jawatan, tapi Utusan bebas menulis apa sahaja,” katanya yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia yang digantung tugas.
Hata, yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya, menganggap tulisan itu sengaja mencetuskan sentimen perkauman dan menggugat keselamatan negara.
Malah beliau mendakwa Zaini cuba mengembalikan dasar apartheid di Afrika Selatan, namun tidak ada tindakan dari pihak berkuasa itu.
“Beliau cuba kembalikan dasar apartied di Malaysia. Tetapi sehingga kini tiada tindakan daripada KDN.
“KDN perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya kerana apa yang ditulis beliau secara jelas membangkitkan isu perkauman,” ujarnya.
Menurutnya, Zaini sebagai individu yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan selama lebih 20 tahun, seharusnya menyedari buruk baik dan akibat daripada penulisannya.
“Utusan perlu ubah cara penulisannya yang boleh mencetuskan isu perkauman. Sepatutnya perkara itu tidak perlu ditulis dan dibangkitkan kerana boleh menyebabkan perpecahan antara kaum,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :