KUCHING 16 APRIL : Presiden SUPP, Dr. George Chan gagal mempertahankan kerusi DUN Piasau apabila tewas kepada calon DAP, Lim Sie Kiong dengan kelebihan 1511 undi setakat ini.
Sementara itu ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata DAP dijangka menang 10 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.
Setakat ini, parti itu tewas di DUN Bawang Assan dan Bukit Kota.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dilaporkan mengekalkan cengkamannya di kerusi DUN Baligian, manakala Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dilaporkan berjaya merampas kerusi DUN Ba'kelalang, mengikut keputusan tidak rasmi setakat ini.
PKR juga dilaporkan menang di DUN Batu Lintang dimana majoriti pengundinya adalah terdiri dari bangsa Cina dengan kelebihan majorti 2426 undi.
0 Komen pengunjong :