Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR tak mahu ditipu lagi


KUALA LUMPUR, 20 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tindakan melompat parti beberapa ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sejak awal 2009 tidak mahu tertipu sekali lagi dan mahu “memperketatkan” proses pemilihan calon, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sehubungan kata Dr Wan Azizah, hanya mereka yang menghargai perjuangan PKR akan diturunkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau, partinya telah melalui pengalaman pahit akibat tindakan wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat parti dan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kehilangan Perak.
“Kami akan memastikan kami tidak ditipu sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau, dipetik The Star Online, dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun ke-11 PKR Perak di sini malam tadi.
Pakatan Rakyat kehilangan kuasa kerajaan negeri Perak selepas Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu bersama Adun DAP Datuk Hee Yit Foong meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi anggota mesra Barisan Nasional.
Selain dua Adun itu, PKR juga kehilangan Adun dari Kedah dan Selangor.
Selain itu, PKR juga kehilangan lima ahli Parlimen manakala seorang lagi dipecat kerana masalah disiplin.

0 Komen pengunjong :