KUALA LUMPUR: Watak sebenar Datuk Seri Najib Razak terserlah apabila Perdana Menteri itu lebih mementingkan usaha menjatuhkan musuh politiknya berbanding membela rakyat berdasarkan keengganannya mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata demikian mengulas kenyataan Najib yang hanya mahu menubuhkan RCI dalam kes video fitnah, kononnya melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Presiden Umno itu terang-terangan menolak cadangan pelbagai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan menubuhkan RCI dalam kes melibatkan Sarbani atas alasan kes itu berbeza dengan kes Beng Hock, sedangkan kedua-duanya melibatkan kematian di bangunan SPRM.
“Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak pula membela nasib Sarbani yang mati jatuh daripada bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita mahu kes Sarbani (ke RCI) jika soal siasat yang dijalankan boleh memberi kesan kepada psikologi mangsa sehingga boleh menimbulkan fobia dan trauma.
“Jika begini sikap Najib, rakyat akan sedar watak sebenarnya yang tidak membela rakyat tanpa ada kepentingan politik,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu kepada
KeadilanDaily, hari ini.
Fuziah kesal kerana Najib sering menuduh Pakatan Rakyat (PR) suka menggunakan isu perkauman dalam beberapa kes sebelum ini tetapi kini, Umno BN enggan pula membela nasib seorang Melayu - Sarbani.
Dalam kes Beng Hock, Kugan yang mati dalam lokap, Umno Barisan Nasional (BN) cakap kita guna isu perkauman. PR tidak pernah membangkitkan isu perkauman, kerana semua kaum teraniya, kita tolong,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN berkata, SPRM perlu diletakkan di bawah Parlimen supaya kaedah siasatan dan setiap gerak kerja dapat ditadbir dengan baik dan adil.
“Letak SPRM di bawah Parlimen kerana selagi berada di bawah Perdana Menteri, SPRM tidak akan bebas. Mereka juga perlu tubuh ahli jawatan kuasa khas daripada Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen supaya tahu selok belok prosedur penyiasatan dijalankan.
Dilaporkan, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.
Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.
SPRM sebelum ini mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari.
gua pernah kata dulu kt member gua,ke smpai nk tggu org melayu pulak mati,baru kita nk emosi?
ReplyDeleteApa nk jd dgn bangsa kita neh..x der deria rasa ker sesama manusia?
Itulah ayat2 yg gua penah ckp pd sahabat2 gua yg tegar semangat kebangsaannya tuh..
Skrg kemuncak kezaliman sudah teserlah,apa lg yg kita nk harapkan kpd penguasa negara kita yg tertunggok neh?
Mengapa isu kroni2 ni diutarakan antaranya inilah sbbnya..
Apabila kepentingan Kroni diutamakan,rakyat marhain yg menjadi mangsa..Berapa ramai yg sedar bahawa golongan elit ini adalah minoriti dlm populasi rakyat Malaysia ttp mereka ini mencengkam golongan bawahan dan pertengahan..Apabila golongan pertengahan Spt Arwah Sarbani cuba menuntut hak dan kebenaran atas diri dan maruahnya,inilah kesudahan yg menimpa..
Bukalah mata wahai saudara2,kita dibuat mcm hamba utk melaksanakan dasar ikut kehendak mereka ttp apabila bertembung soal hak kita dgn kepentingan mereka,harga nyawa menjadi murah kpd mereka lalu dihina pula kematiannya dgn tuduhan bunuh diri..
Gua yakin Arwah Syahid dlm jln Allah krn mempertahankan Haqnya..
Maruah adalah haq manusia yg tidak booleh diperlakukan sewenag-wenangnya..
Arwah berani mempertahakan kebenarannya..
Kini barulah org2 melayu mengerti harga airmata keluarga Kugan,Teoh beng Hock dan Adik Aminul Rashid..
Adakah darah kita berlainan warnanya?Airmata itulah yg selalu mengalir dipipi keluarga2 mangsa yg dizalimi dan kamu tidak pernah ambil peduli sebelum ini!!!!