Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib bawa jentera kerajaan Persekutuan bantu kempen Sarawak – Anwar


KUCHING: Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba-tiba berkampung di Sarawak bertujuan memudahkan jentera kerajaan Persekutuan dikerah membantu kempen Barisan Nasional di negeri itu.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran Najib menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud tidak berkeupayaan untuk meraih sokongan rakyat untuk mengundi Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, ia juga menggambarkan  ketakutan BN hingga terpaksa membawa masuk keseluruhan jentera kerajaan Persekutuan bersama Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ini adalah satu kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April dan hanya akan pulang Jumaat depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu.
Pada sidang media itu, Anwar berkata, kehadiran Najib, Muhyiddin dan Menteri Kabinet jelas  menunjukkan manifesto politik pembangunan BN gagal mengumpan sentimen rakyat.
“Janji pembangunan hanya ulang tayang yang tidak ditunaikan. Mereka gagal untuk sampaikan kepada rakyat. Untuk saya, mereka telah lama terpinggir. Tiada jaminan bahawa rompakan tanah dan balak ini dihentikan.
Selain itu, beliau juga diberitahu seorang calon KEADILAN yang memaklumkan keseluruhan jentera kementerian yang diketuai Datuk Sharizat Jalil turun di Belaga.
Beliau dimaklumkan yang Sharizat membuat tohmahan kepada penduduk setempat kononnya keadaan di Pulau Pinang dan Selangor jauh lebih teruk daripada Sarawak sejauhkan situasi sebenar, terbalik.

0 Komen pengunjong :