AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.
Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.
“Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.
Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan.
Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.
“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.
Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.
Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat.
0 Komen pengunjong :