Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keluarga Aminulrasyid tuntut polis bersihkan nama


PETALING JAYA: Ibu remaja mati ditembak polis tahun lalu Aminulrasyid Amzah, 15, hari ini membuat laporan polis menuntut agar namanya dibersihkan daripada tuduhan ‘penjenayah’.
Ibunya Norsiah Muhammad, 61, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya disini kira-kira 10.30 pagi tadi.
Selain keluarga, turut menemaninya peguam N Surendran dan Latheefa Koya, serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Norsiah dalam laporannya berkata anak bongsunya itu masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila pihak polis masih enggan memohon maaf secara terbuka kepada keluarganya kerana menganggap arwah Aminulrasyid itu sebagai penjenayah.
Dalam beberapa kenyataan polis tahun lalu, Aminulrasyid dianggap sedemikian apabila mendakwa kereta Proton Iswara putih yang dipandunya cuba merempuh kereta polis peronda, begitu juga dengan penemuan parang di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Kenyataan palsu

“Kenyataan palsu itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang kini dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara dan mereka sehingga sekarang tidak tarik balik fitnah dan tidak buat siasatan sepenuhnya tentang kejadian sebenar.
“Saya mahu mereka semua ini disiasat kerana seperti cuba menyembunyikan hal sebenar,” katanya kepada pemberita selepas selesai
membuat laporan.
Selain itu, Norsiah turut menuntut janji yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sepucuk surat yang dihantar Najib kepada keluarganya pada 7 Mei tahun lalu.
Dalam surat tersebut yang ditandatangani Najib sendiri menyebut ‘pihaknya telah mengarahkan siasatan dijalankan dengan adil, telus dan secepat mungkin agar keadilan yang dituntut oleh semua pihak dapat dicapai’.
“Setahun sudah berlalu, jangan kata Najib tapi Menteri Keselamatan Dalam Negeri pun tidak pernah membuat kenyataan maaf atau menarik balik ftnah itu.
“Saya redha dengan pemergiannya tetapi kalau ia terjadi kepada keluarga anda sendiri bagaimana,” soal Norsiah dalam nada sebak.
Pertemuan dengan Najib

Sementara itu, Nurul Izzah berkata pihaknya akan cuba mengatur satu pertemuan antara keluarga Aminulrasyid dengan Najib untuk
mengetengahkan hal ini secepat mungkin.
Aminulrasyid mati ditembak polis pada 26 April tahun lalu dalam satu insiden kejar mengejar antara kereta yang dipandunya dan penumpang yang juga rakannya Mohd Azamuddin Omar dengan pasukan polis peronda.
Disebabkan itu, seorang anggota polis berpangkat Koperal Jenain Subi didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.
Mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, Jenain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan masih berlangsung sehingga sekarang dengan giliran pasukan pembelaan setelah mahkamah mendapati wujudnya ‘prima facie’ dalam kes ini.

0 Komen pengunjong :