Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

DNA Eskay Timbulkan Spekulasi Baru Hala Tuju Siasatan Polis


Pelbagai persoalan baru mula timbul susulan tindakan polis hari ini mendapatkan sampel  DNA ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay yang mengaku terbabit dalam penayangan video lucah  untuk dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis sebelum ini mengesahkan siasatan adalah bertumpu kepada pihak yang mendalangi penayangan video 21 minit itu kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.
Namun pelbagai spekulasi mula timbul mengenai arah haluan siasatan setelah Eskay mengesahkan polis meminta DNAnya.
" Saya hari ini telah dipanggil ke Bukit Aman dan saya secara suka rela telah memberi sampel DNA saya untuk membantu kes siasat video seks," kata Eskay ketika ditemui pemberita. 
Ahli perniagaan itu tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10 pagi tadi dan selesai disoal siasat selain menyerahkan DNAnya pada kira-kira 1.15 tengahari.
Tambah Eskay yang juga salah seorang daripada trio 'Datuk T', beliau juga diajukan beberapa seoalan yang disifatnya sebagai 'relevan dengan kes berkenaan'.

'Datuk T' terdiri daripada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuih Lazim.

Ketiga-tiga mereka kini disiasat di mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika dihubungi Tv Selangor mempersoalkan hala tuju siasatan polis kerana setakat ini, polis dikatakan sedang menyiasat trio 'Datuk T' atas kesalahan mengedar bahan lucah.  

" Cuma selama ini perkara ini disiasat di bawah tuduhan mengedar dan menayangkan video lucah, yang itu perlu diselesaikan secepat mungkin dan tindakan diambil secepat mungkin. Kecualilah siasatan yang sama itu memerlukan DNA.

0 Komen pengunjong :