Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siar fitnah, Utusan tetap tidak beretika- Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, Utusan tidak beretika apabila melaporkan secara semborono mengenai perkembangan kes perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia semalam dengan tajuk berita utama ‘Anwar Lelaki Y’, yang menjurus kepada usaha membina persepsi bagi menyatakan Anwar bersalah dalam kes itu.
Menurut Idris, ia salah dari segi etika kewartawanan kerana mendahului keputusan mahkamah, sedangkan berita tersebut pula hanya berpihak kepada hujah Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
“Ini merupakan suatu tindakan yang tidak beretika. Masalahnya, mengapa dalam akhbar yang sama tidak pula melaporkan hujahan oleh peguam bela,” soal Idris.
Beliau menjelaskan demikian, berikutan timbulnya kekeliruan di kalangan orang Melayu yang beragama Islam, apabila  dilambakkan dengan pelbagai maklumat dan berita yang bersifat spekulasi semata-mata.
Menurutnya, Islam telah menganjurkan kepada umatnya kaedah ‘Tabayun’ iaitu  tatacara dalam menguruskan maklumat atau pun sumber bagi sesuatu berita.
“Dari segi maklumat atau berita, tidak sepenuhnya kita yang mendapat perkhabaran itu untuk terima atau tolak. Tetapi adalah wajib untuk kita selidiki  terlebih dahulu sumber-sumbernya,” kata Idris kepada Keadilandaily.
Justeru, beliau mengingatkan kepada wartawan dan editor akhbar supaya berhati-hati dalam membuat laporan.
“Ini kerana fitnah yang berbentuk tulisan lebih berbahaya daripada fitnah yang berbentuk perkataan. Fitnah yang berbentuk tulisan ini orang akan simpan kerana ia kekal,” katanya.

0 Komen pengunjong :