Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN jangan anggap orang Sarawak bodoh – Anwar


KUCHING: Realiti sebenar negeri Sarawak tidak boleh dinilai melalui paparan imej di kaca televisyen dan ruang iklan pelancongan semata-mata. Tetapi keadaan sebenar diketahui hanya melalui pengalaman dengan turun sendiri ke kawasan pedalaman untuk merasai keperitan  hidup di negeri ‘terkaya’ di Malaysia ini.
Konvoi lawatan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelajah di beberapa buah kampung di daerah sekitar Kuching membuktikan permasalahan rakyat Sarawak tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat.
Justeru, perubahan paling mendesak bagi rakyat Sarawak adalah melalui pertukaran pucuk pentadbiran negeri pada pilihan raya negeri kali ini.
Sambutan hangat masyarakat setempat dalam siri program Anwar memberi harapan baru untuk menyinari bumi Kenyalang yang telah puluhan tahun gelap sejarahnya setlah musnah dijarah kroni Taib-Barisan Nasional.
“Tidak kira sama ada orang Islam atau Kristian, tidak kira sama ada masuk universiti atau tidak, saya yakin orang Sarawak punya hati dan perasaan. Barisan Nasional jangan anggap orang kampung boleh diperbodohkan selamanya,” kata Anwar pada program ceramah di Kampung Stass, dekat Tasik Biru.
Lebih 300 penduduk tempatan yang terdiri dari masyarakat berketurunan Bidayuh hadir memberikan sokongan. Turut hadir ialah Naib Presiden Keadilan berketurunan Bidayuh, Datuk John Tenewi dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Sebaik tamat program, konvoi bergegas ke Kampung Rayang di Serian. Kira-kira 200 penduduk setia berhimpun untuk mendengar amanat sekali pun polis melakukan tinjauan. Trak dan uniform polis tidak dapat menggugat keberanian mereka.
“Rakyat Sarawak kena berhati-hati dalam pilihanraya kali ini. Perintah (Kerajaan) BN Sarawak akan guna taktik pecah belah. Mereka akan taja calon bebas dan parti-parti lain.
“Kita lihat sekarang ini parti yang dahulunya miskin, tiba-tiba kaya. Dari mana dia dapat wang? Sudah tentu ada yang beri untuk pecahkan undi Pakatan Rakyat.
“Orang Sarawak mesti ingat, yang berlawan dalam pilihan raya ini ialah Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional,” kata Anwar dalam ceramah di Kampung Rayang.
Program berakhir di Kampung Seria, Jalan Tebedu, kira-kira 10 kilometer daripada sempadan Indonesia.
Disini, penduduk yang ditemui optimis dengan perubahan.
“Harapan bagi hanyalah satu, mahu kerajaan ini negeri ditukar.
“Permasalahan di Sarawak ini terlalu banyak. Pembalakan haram, curi tanah, hasil bumi yang dibolot kelompok tertentu, sampaikan pemilihan Jawatankuasa Kampung pun dibolot kroni,” kata Nazaruddin seorang penduduk kampung yang bekerja sebagai pekebun sawit.
Justeru, beliau bertekad untuk mengajak ahli keluarga dan penduduk di kampungnya untuk mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri kali ini.
“Sudah 30 tahun Taib Mahmud perintah. Kita sudah bosan, mahu tukar orang baru,” tambahnya.

0 Komen pengunjong :