Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Video Seks Kesinambungan Konspirasi Terhadap Anwar


Matlamat menghalalkan cara. Demikian rumusan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malayasia atau SAMM, Badrulhisham Shahrin atau Che Gu Bard terhadap isu video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menceritakan pengalamannya dibawa ke menonton video tersebut, Che Gu Bard berkata, tayangan dibuat dalam skala yang besar dan amat terancang melibatkan individu-individu terlatih.
Ini katanya, hanya mengesahkan gerakan ini adalah kesinambungan konspirasi terhadap Anwar.
Seperti dalam filem perisikan, Badrul diminta menanti di satu kawasan neutral terlebih dahulu. Beliau terpaksa menukar-nukar kenderaan beberapa kali sebelum tiba di lokasi tayangan. Setibanya di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, tubuhnya diperiksa oleh anggota-anggota keselamatan.
"Saya merasakan hampir mustahil PM tidak tahu akan perkara ini. Babak seterusnya kita boleh jangka. Polis akan berkata video itu sahih, dan polis telah serbu lokasi kejadian dan menemui DNA Anwar Ibrahim. Kemunculan video ini hanya membuktikan konspirasi I dan II sekarang ini didalangi oleh UMNO BN," ujar Badrul.
Beliau berkata demikian di program Fokus Berita terbitan TV Selangor.
Ketika disoal pengacara, Badrul yakin pasukan keselamatan turut dilibatkan dalam konspirasi ini berdasarkan kepada percanggahan kenyataan di antara pihak berkuasa dan Dato Syazryl Eskay.
"Ini konspirasi jahat yang melibatkan individu dalam pasukan keselamatan. Polis kata dia telah ambil keterangan dari Dato Eskay dan dilepaskan dengan jaminan polis. Saya telah ditahan 32 kali, dan saya tahu bahawa mereka yang diambil keterangan perlu menandatangi setiap mukasurat kenyataan yang diambil. Eskay kata dia tidak tandatangan apa-apa. Polis tipu atau Eskay tipu ?," ujarnya lagi.
Badrul mengakui masyarakat umum yang tidak rapat dengan Ketua Pembangkang itu boleh terkeliru dengan pelakon utama video berkenaan yang seiras Anwar.
Meskipun ia memfitnah, Badrul berkata, ada kemungkian video yang kini dalam kawalan polis itu akan bocor ke ruang maya.
"Video mungkin asli, maksudnya tiada kacau ganggu dalam imej itu, tetapi pelakon dalam video itu nampak seperti Anwar Ibrahim, tetapi ia bukan Anwar Ibrahim.
Contohnya, pelakon Ben Kinsley mendapat 11 anugerah kerana menghidupkan watak Mahatma Gandhi, namun mereka yang rapat kepada pemimpin itu tahu itu bukan Gandhi kerana kita tidak boleh menipu bahasa tubuh.

2 comments :

  1. brtmbah busuk la nama pihak kerajaan..sembur minyak wangi 1 kontena pun msh trhidu bau busuk nya

    ReplyDelete
  2. @cik lola..... org dah gila kuasa tak peduli dah. busok dikatakan wangi.

    ReplyDelete