Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah II: Undang2 negara jahanam di bawah telunjuk BN – Shamsul

 
KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwa di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional (BN) dalam perbicaraan Fitnah II membelakangi undang-undang apabila ’seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’ berpotensi menjahanamkan prinsip undang-undang dan imej Malaysia.Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertahankan bahawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mengemukakan walau sekecil bukti kerana Anwar mempunyai alibi beliau tidak terlibat seperti yang didakwa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.“AMK menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Anwar tunduk kepada desakan bebal oleh beberapa pihak. Ini akan menjadikan beliau sebagai ‘bersalah sebelum dibuktikan bersalah’,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com.hamsul berkata, isu DNA dimain berulang kali agar memudahkan pendakwa memalitkan pandangan rakyat dari isu besar yang lain.Oleh itu, katanya, melihatkan perjalanan kes Fitnah II, ia terbukti
merupakan pembunuhan karakter paling teruk dalam sejarah politik Malaysia.“Apa yang berlaku dalam kronologi kes Fitnah II ini adalah pembunuhan karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara,” katanya.Beliau turut memetik Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 yang menyebut bahawa semua orang mempunyai hak sama rata untuk perbicaraan adil oleh tribunal bebas dalam mana-mana pertuduhan jenayah terhadapnya.Justeru, Shamsul yakin kelompongan dan karut marut kes ini akan merosakkan bukan sahaja sistem perundangan dan penguatkuasa, malah imej Malaysia di mata dunia.
“AMK percaya kelompongan kes, ditambah kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun 1998,” katanya.

0 Komen pengunjong :