Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khalid Nafi Selangor Hilang Sokongan Melayu




Khabar angin yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat semakin hilang sokongan kaum Melayu di Selangor adalah tidak berasas.

Perkara itu dinafikan sekerasnya oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di Shah Alam, hari ini.

Isu ini timbul apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mendakwa sokongan masyarakat Melayu di negeri itu mula terhakis kerana propaganda Umno melalui media arus perdana.

"Saya tak percaya orang Melayu tidak menyokong kerajaan sekarang ini," jelasnya.

Katanya, masyarkat Melayu yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada penduduk di Selangor menerima baik program dan inisiatif kerajaan negeri.

"Apa yang penting adalah kita memerintah negeri ini untuk semua (kaum),” kata Menteri Besar itu.

Namun, Pakatan Rakyat berkeyakinan di sebalik kemerosotan sokongan Melayu, mereka mampu mempertahankan Pulau Pinang daripada tumbang di tangan Umno. Mereka kini mempergiatkan inisiatif bagi memperbetulkan persepi di kalangan orang Melayu.

Khalid juga menepis soalan berhubung kemungkinan rombakan dibuat ke atas barisan exco sambil menambah tidak ada perkara seumpama itu dan media akan dimaklumkan jika ada rombakan Exco.

0 Komen pengunjong :