Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Kian Tergugat Punca Serang PR Saban Waktu





SHAH ALAM 15 JAN : Umno-Barisan Nasional saban hari melontar fitnah dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat (PR) kerana semakin tergugat dengan cabaran politik gagasan pembangkang itu. 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemerintah mencuba sedaya upaya memecahbelahkan saf Pakatan Rakyat untuk menghakis kewibawaan gagasan itu.  
Serangan-serangan itu bukan kerana Umno-BN kuat tetapi menzahirkan sebuah parti yang terdesak kerana sokongan rakyat makin pudar. 
"Kalau betul dia kuat, kenapa dia serang menggila. Kenapa tiap perkataan PR dia gelabah menjawab. Kenapa usaha-usaha mendekati Pas berterusan. Tidak pernah Umno kalau kuat dia akan cuba curi kekuatan dari luar, ini menunjukkan keadaan lemas, " katanya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam rancangan Terus Terang terbitan TVSelangor. 
Dalam wawancara ini, Anwar merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN akan mempertahankan Putrajaya habis-habisan. 
Ucapan itu hanya menunjukkan pemimpin sebuah parti yang semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa politiknya.   
"Pertama kali dalam sejarah negara kita, seorang PM mengatakan akan pertahan Putrajaya habis-habisan, keluar semua nyawa dan badan kerana ini kenyataannya, " katanya.
Ditanya mengenai rekod Parti Keadilan Rakyat, Anwar mengakui parti yang masih dalam usia muda itu menerima beberapa pengajaran khususnya dalam memilih pemimpin-pemimpin untuk diketengahkan kepada rakyat. Pendidikan dan latar belakang calon diberi keutamaan, supaya rakyat lebih yakin dengan pilihan mereka.
Pada masa sama keutamaan juga diberi kepada mereka yang menghayati  dan mendokong semangat perjuangan parti supaya tidak tunduk kepada tekanan dan budaya politik wang Umno.   
"Kita harus lebih berhati-hati dalam memilih. Ada orang yang berpendidikan rendah, tidak boleh dipilih ke tempat yang tinggi dalam parti, kerana ia memberi mesej yang buruk kepada rakyat. Pengalaman mengajar kita, kita harus pilih pimpinan yang lebih layak, wibawa dan ada daya tahan menghadapi tentangan Umno," katanya.
Anwar berkata PKR bersama PAS dan DAP komited untuk melaksanakan agenda perubahan yang dipersetujui bersama untuk menetapkan hala tuju baru negara yang bebas dari rasuah dan penyelewengan kuasa. 
Sekiranya Pakatan diberi mandat menubuhkan kerajaan pusat, Anwar memberi jaminan bahawa hak semua pihak termasuk kepimpinan Umno-BN  sebagai warganegara Malaysia akan dipertahankan.
"Hilang kuasa tidak bermakna hilang segala-galanya. Hilang kuasa mereka, tetapi hak sebagai rakyat dan proses perundangan bahkan kita akan perkemaskan. Itu bedanya, Umno merosakkan badan kehakiman, kita memperkukuh dan menjamin badan kehakiman yang bebas," katanya.

0 Komen pengunjong :