Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Penulis Kritik Pemimpin MIC Politikkan Novel Interlok





KUALA LUMPUR 15 JAN : Masyarakat penulis berhimpun hari ini untuk mensasarkan kritikan terhadap  pemimpin MIC kerana didakwa mempolitikkan isu novel Interlok dalam cubaan untuk meraih sokongan kaum India.
Lebih 100 wakil pelbagai persatuan penulis dan anak Sasterawan Negara Abdullah Hussein hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena)  untuk menolak sebarang cubaan menarik balik atau meminda kandungan buku itu sebagai buku teks di sekolah menengah.
Perhimpunan Memprotes Mempolitikkan 'Interlok'  ini  diadakan di Rumah Gapena petang tadi.
Rata-rata wakil persatuan penulis menolak pendirian rasmi MIC bahawa buku ini menghina kaum Melayu kerana menggunakan ungkapan tertentu dalam masyarakat Tamil di India.
Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan menyeru agar warga Malaysia yang cintakan kesusasteraan bangkit mempertahankan karya hasil Abdullah Hussain.
"Rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan, cintakan ilmu pengetahuan bergeraklah tuan-tuan dan akhirnya kita bersatu mempertahankan Interlok sebagai buku teks dan buku negara serta kandungan buku Interlok itu tidak dipinda," tegas beliau kepada kira-kira 100 peserta perhimpunan tersebut.
Sasaran utama kemarahan kumpulan ini adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T.Murugiah yang menyertai MIC baru-baru ini.
Ketua Satu Persatuan Penulis Johor  Amiruddin Ali Hanafiah mahu Murugiah meletakkan jawatan secara terhormat sebagai Ahli Dewan Negara  kerana mempolitikkan isu berkenaan.
"PPJ berharap, semua gabungan Melayu berharap T.Murugiah orang yang memulakan persoalan 'Interlok' ini memperjelas kepada rakyat Malaysia kerana kebiadaban, saya kata Murugiah biadab kerana tidak menghormati Menteri Pelajaran. Beliau yang menyatakan 'Interlok' ditarik balik seolah-olah Menteri Pelajaran sudah tidak ada, seolah-olah Tan Sri Muhyiddin sudah mati, bagi Murugiah barangkali," tegas beliau.
Gapena merumuskan lapan resolusi hari ini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, termasuk tuntutan supaya  pemimpin-pemimpin kerajaan dipecat sekiranya mereka mencetuskan salah sangka, prasangka dan pergolakan antara kaum.
Thariq Abdullah, anak penulis novel 'Interlok' melahirkan rasa dukacita kerana ayahnya dijadikan mangsa ahli politik.
Beliau menegaskan novel 'Interlok' mengetengahkan keperitan hidup  tiga kaum utama di negara ini pada  awal tahun 1900an  dan tidak menghina mana-mana pihak. 
"Tetapi apa yang berlaku, ada golongan tertentu cuma secara 'convenient' mengambil bahagian-bahagian tertentu dan mempolitikkan bahagian-bahagian tertentu, dalam keadaan tersebut untuk kepentingan, mungkin politik peribadi mereka sendiri yang mana telah menjadi polemik negara sekarang," kata beliau.

2 comments :

  1. "ke manakah INTERLOK lepeh di bawak ke kebinet?"

    ReplyDelete
  2. @amalhaj..... rasanya senyap begitu saje. Faham-faham sajelah!!!!!

    ReplyDelete