Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Presiden NUJ Digantung Kerja





KUALA LUMPUR 15 JAN : Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

"(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah gua," tulis Hata dalam SMS lapor Malaysiakini hari ini.

Hata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 Januari lalu.


"Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai," petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.
"Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

"Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal," petik surat itu lagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-/ TVSelangor

0 Komen pengunjong :