Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hanya soal nyamuk, kata Anwar


KEMAMAN, 15 Jan — “Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.  Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998. Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis “Himpunan  Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno” di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.
Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap  Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata: “Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”.
Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.
Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap  Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang  juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

-/ MalaysiaInsider

0 Komen pengunjong :