Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mursyidul Am PAS pertahan calon wanita

 KOTA BARU, 25 Jan — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berlangsung sekarang.
Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar PAS.
Malah, beliau berkata PAS lebih mendahuli ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri.
“Kita (PAS) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955 iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan pemimpin Umno bahawa PAS perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada pilihan raya kecil DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya.
Mengenai tindakan calon itu enggan bersalaman dengan lelaki Nik Aziz berkata, itu adalah langkah sebaik-baiknya.
Katanya, Islam memang melarang wanita bersentuhan kulit dengan lelaki bukan mahram dan tindakan calon berkenaan adalah wajar dan tidak patut dijadikan isu.
Katanya: “Jika ingin bersalaman juga tangannya hendaklah dialas dengan sarung atau berlapik.
“Tetapi saya sendiri tidak pernah bersalaman dengan mana-mana tetamu wanita, termasuk wartawan luar negara tetapi tidak menjadi masalah kerana mereka faham agama Islam menghendaki begitu,” katanya.
Dalam pada itu satu lagi laporan Bernama menyebut, Wanita Barisan Nasional (BN) sekali lagi menafikan dakwaan kononnya Wanita Umno Labis tidak menyokong calon BN, Mohd Azahar Ibrahim bagi pilihan raya kecil DUN Tenang.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebaliknya jentera wanita BN, merangkumi Umno, MCA dan MIC memberi sokongan padu kepada calon BN serta merupakan tulang belakang dalam memastikan kemenangan terus berpihak kepada BN.
“Jentera wanita BN berjalan dengan baik . . . cuma kita ada dapati bahawa pihak pembangkang berusaha menggunakan taktik yang saya rasakan tidak berhemah dengan mengatakan bahawa Wanita Umno Labis tidak menyokong calon, itu semua fitnah belaka.
“Malah, saya sentiasa minta kepada semua jentera BN apabila berkempen kita mesti ada keikhlasan dan berhemah . . . dan Alhamdulillah setakat ini dari maklum balas yang kita dapat jentera BN tidak menggunakan taktik kotor,” katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Kasih 1Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran risalah yang mendakwa Wanita Umno Labis tidak menyokong calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang pada Ahad ini.
Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut menasihati pengundi kawasan tersebut supaya berfikir panjang sebelum memilih pemimpin yang mampu berkhidmat untuk mereka.
Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

0 Komen pengunjong :