Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Buang bendera PAS


Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu kini cukup bimbang dengan strategi 'gelombang' Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno Peringkat Negeri yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga Besar, Chukai, di sini, esok.
Ini menyebabkan, kerajaan negeri telah menggunakan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan pihak polis bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang oleh petugas parti di sekitar bandar Chukai dan di jambatan Sungai Kemaman.
Tinjauan Harakahdaily mendapati operasi selama satu jam itu berjalan lancar dengan kawalan sebuah kereta peronda polis dan beberapa buah kereta yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman (SB).
Pihak PAS Kemaman melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan mengikut 'arahan' pimpinan Umno BN Terengganu yang bimbang dengan perhimpunan tersebut.
Program yang bermula jam 9 pagi esok melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


-/ Harakahdaily

0 Komen pengunjong :