Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Protes Penduduk Ladang Bukit Jalil






PUTRAJAYA 22 DIS : Protes yang dianjurkan pagi tadi oleh penduduk Ladang Bukit Jalil di hadapan Kompleks Sri Perdana hanya mencerminkan kegagalan skim dan polisi kebajikan pekerja ladang yang dimulakan oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Abdul Razak.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan yang mewakili para penduduk berkata sekiranya para penduduk ini diberikan hak mereka yang sepatutnya, protes hari ini dapat dielakkan sama sekali.
"Kalau dulu ada skim untuk pekerja ladang, Skim Tun Abdul Razak yang mengatakan semua pekerja ladang patut  diberi skim perumahan sendiri, Datuk Lim Ah Lek juga ada menyatakan perlu memberi rumah. Kalau skim itu betul dan dapat menyelesaikan masalah mereka, tidak masalah seperti hari ini. Ini adalah kegagalan skim, polisi ini semua," kata beliau kepada media.
Pagi tadi, kira-kira 100 penduduk berserta aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta Gabungan Rakyat Tertindas (Jerit) telah mengadakan protes di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri membantah arahan perobohan rumah mereka oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 27 Disember yang dikeluarkan Isnin lalu.
Arutchelvan menjelaskan protes ini juga diadakan kerana penduduk merasakan tertipu dengan janji-janji para menteri yang pernah melawat kawasan perumahan mereka di masa lalu bahawa penduduk akan diberikan rumah teres dan pampasan yang sewajarnya dan ingin meyampaikan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan masalah dan permintaan mereka.
Wakil Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Amir Harun yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan PM bersetuju untuk berjumpa dengan wakil penduduk dan selepas perbincangan, Amir telah memberikan jaminan bahawa beliau akan berbincang dengan para menteri yang berkaitan dan memberikan jawapan pada petang ini, dan para penduduk memutuskan untuk menunggu sehingga mendapat jawapan daripada JPM.
Penungguan penduduk membuahkan hasil apabila selepas perjumpaan kedua dengan wakil penduduk, para penduduk berjaya mendapatkan perintah tangguh arahan perobohan daripada Menteri Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik sehingga 15 Januari tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, Arutchelvan menyifatkan tempoh penangguhan arahan meroboh rumah penduduk ladang tersebut hanya satu penyelesaian sementara kerana isu ketiadaan rumah masih kekal membelenggu penduduk tersebut.
"Tiba-tiba dia (DBKL) bagi notis ini. Kita mahu nyatakan di sini bahawa perayaan Krismas pada 25 haribulan dan selepas itu tahun baru. Ditengah-tengah (kedua-dua perayaan ini) dia mahu buat satu perobohan, ladang terakhir di Lembah Klang dan kita mahukan satu penyelesaian untuk masalah ini," tegas beliau.
Katanya lagi, beliau mengecam tindakan DBKL yang menggunakan Ordinan Darurat untuk memaksa para penduduk berpindah keluar.

"Dia (DBKL) menganggap pekerja ladang ini sebagai setinggan dan menggunakan Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan. Dia guna untuk pekerja ladang! Datuk Saravanan juga ada mengatakan mereka tidak boleh menggunakan ordinan ini tetapi hari ini, mereka menggunakan juga ordinan ini," katanya. 

-/TVSelangor

0 Komen pengunjong :