Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan mahu bentang Akta Pemulihan Demokrasi, ajak BN bersama




KEPALA BATAS, 19 Dis — Pakatan Rakyat (PR) bercadang menggubal Akta Pemulihan Demokrasi berteraskan enam perkara dengan mengajak bersama Barisan Nasional (BN), yang menurutnya perlu bagi “menyelamatkan negara yang semakin sempit” dan bebas daripada “krisis kenegaraan.”
Cadangan itu terkandung dalam deklarasi, yang dijangka akan diterima pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua yang diadakan di sini, hari ini.
Memorandum mengenai cadangan menggubal akta itu juga akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tahun depan. Kenyataan mengenainya diedarkan kepada media pagi ini.
Kenyataan deklarasi itu menyebut Pakatan Rakyat sebagai tanda kesetiaan kepada Raja-raja Melayu dan negara bersedia dalam membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi.
Menurut deklarasi itu, negara berhadapan dengan krisis ekonomi, krisis sosial dan krisis politik. Akta yang dicadangkan itu merangkumi enam perkara iaitu membatalkan semua pengisytiharan darurat, memansuhkan semua undang-undang antidemokratik, menunaikan perjanjian kemasukan Sabah daan Sarawak ke dalam Malaysia, mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan dan mewujudkan kebebasan media.
Deklarasi itu menggariskan bahawa akta tersebut akan menjamin negara dengan kadar yang segera memperkukuhkan perpaduan, membangunkan daya saing ekonomi berprestasi tinggi yang mapan, pengupayaan modal insan yang berwibawa, pelestarian alam sekitar yang murni dan membina jati diri bangsa Malaysia, yang berpaksikan “Ketuanan Perlembagaan” atau sebagaimana tertera dalam Rukun Negara sebagai Keluhuran Perlembagaan menjadi satu kenyataan.
“Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen memorandum satu juta tandatangan rakyat menyokong pembentangan dwipartisan Akta Pemulihan Demokrasi kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata demokrasi.
Kempen itu akan berlangsung selama dua bulan mulai 1 Januari ini dan meletakkan sasaran untuk mengumpulkan sejuta tandatangan. Deklarasi itu dilihat susulan kepada Dasar Bersama, yang diterima pada Disember 2009, yang berteraskan demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara.

0 Komen pengunjong :